Sejarah Merlimau Merlimau

Merlimau, Terhasil Dari Perbuatan Melimau Keris Dan Mara Rimau.

Ramai orang-orang tertanya-tanya tentang asal nama "Merlimau" atau bagaimana Merlimau dapat namanya. Dari tradisi lisan atau cerita-cerita mulut terdapat dua cerita. Seperti yang diperkatakan ada dua kelompok keturunan terbesar di Merlimau iaitu Bugis dan Palembang.

Cerita pertama: Sumber orang-orang Palembang

Dikatakan orang-orang Melayu dahulu sangat pandai bermain senjata istemewanya keris. Mereka adakan latihan bersilat, berpencak atau seni mempertahankan diri setiap hari. Masing-masing mempunyai keris sebagai senjata persendirian yang dibawa ke mana-mana mereka pergi untuk mempertahankan diri dan menentang musuh. Keris ini dijaga dan dipelihara. Cara menjaganya ialah "diusap dan dilimau". Ini bermakna keris mereka mesti diusap dengan kemenyan dan diurut dengan limau. Tradisi merlimau keris ini masih terdapat dikalangan masyarakat Melayu khasnya yang menyimpan keris pusaka. Upacara ini dinamakan "Upacara Merlimau Keris". Setiap malam jumaat keris mereka mesti dilimau. Dalam upacara ini mereka berkumpul di rumah Tok Guru untuk melimau keris. Bila ditanya, "Hendak ke mana?". Mereka menjawab, "Hendak Melimau " , Hendak Melimau dan akhirnya tempat itu dinamakan "MERLIMAU".

Orang Palembang Di Merlimau juga adalah dari keluarga Demang. Merlimau merupakan Perkampungan Keluarga Demang yang berada di semenanjung Melaka Dizaman Kesultanan Melayu Melaka.[sejarah keluarga]

Sumber kedua: Cerita Keturunan Bugis

1511 Pembesar Orang Bugis yang berhijrah ke Merlimau ialah Datuk Kaya Makmun. Beliau pada asalnya telah menebas, menebang hutan untuk membuat kawasan kediaman. Waktu itu di pedalaman atau di hulu sungai Merlimau adalah hutan yang tidak pernah diterokai orang. Hutan belantara yang begitu besar dikatakan banyak didiami oleh binatang buas terutama harimau. Harimau banyak sentiasa mengancam pendatang baru ini kerana mereka tinggal di pinggir hutan tebal. Sehubungan dengan itu Datuk Kaya mengarahkan orang-orang mereka membuat pagar menahan serangan atau menahan bahaya harimau. Dalam bahasa dahulu disebut "mara rimau" kita buat pagar, tahan mara rimau, tahan mara rimau" oleh kerana mara rimau ini mengancam hidup , mereka menamakan tempat ini sebagai Mara Rimau, Mara Rimau dan akhirnya menjadi "MERLIMAU".[1] [2]

Bugis Merlimau Dan Tun Teja

Bugis di Merlimau berdarah anak raja dan Pahlawan Bugis. Bermula pada zaman akhir kejatuhan institusi Kesultanan Melayu Melaka.Pada tahun 1511 pahlawan-pahlawan bersama anak raja Bugis dipangil Sultan Melaka untuk membantu mempertahankan Kota Melaka daripada serangan Portugis. Selepas Pintu Kota Melaka dibuka Sultan Melaka lari berundur ke Muar,Pahlawan-pahlawan Bugis berundur di sekitar Merlimau.Tun Teja Nenda kepada Sultan Mahmud Syah telah jatuh gering yang berat dan mangkat di Perkampungannya di Merlimau dalam perjalanan Sultan Mahmud Syah dan orang-orang kerajaan Melaka berundur ke Muar.[3]

Kampung Mentija/kampung TunTeja

Rujukan

WikiPedia: Merlimau http://baharam.blogspot.com/2009/01/sejarah-tun-te... http://belia4bmerlimaupasir.blogspot.com/2012/03/s... http://www.dromoz.com/directory/maps/?epid=18486 //scholar.google.com/scholar?q=%22Merlimau%22 //www.google.com/search?&q=%22Merlimau%22+site:new... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Merli... //www.google.com/search?q=%22Merlimau%22&tbm=nws //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Merlimau%22... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&d... http://www.jstor.org/action/doBasicSearch?Query=%2...